10 FAKTA BERKENAAN VARICOSE VEINS

Wajah dan bentuk badan cantik tidak memberi apa-apa makna sekiranya kaki tidak dijaga rapi hingga boleh memudaratkan kesihatan.

Antara masalah yang sering dihadapi adalah varicose veins atau urat simpul.
Walaupun sesetengah penghidap varicose veins tidak berasa sakit dan ia jarang diperkatakan tetapi masalah ini tetap perlu dirawat dengan cara yang betul. Berikut 10 fakta berkenaan varicose veins.

1. Apa itu varicose veins?

Perkataan varicose veins berasal dari perkataan Latin – Varix yang bermaksud
simpul atau berpintal.

Semua saluran darah berpotensi menjadi varicose. Paling berisiko adalah di betis
dan kaki. Ini disebabkan peningkatan tekanan pada urat di bahagian bawah tubuh.

Selain bahagian kaki, varicose boleh berlaku pada bahagian badan yang lain seperti  saluran makan (oesophageal varices), dubur (buasir) dan zakar (varicocele).
Varicose veins adalah istilah yang digunakan jika berlaku di kaki.

2. Keturunan anda ada masalah varicose?

Sekiranya kedua-dua ibu bapa seseorang itu menghidap masalah ini, risiko
mendapat penyakit ini ialah 89 peratus manakala jika ibu atau bapa sahaja yang
menghidapinya risikonya ialah 47 peratus.

Namun jika kedua-dua ibu bapa tidak mempunyai masalah varicose, seseorang itu masih berpotensi mendapat varicose veins yang mana risikonya 23 peratus.

3. Beratnya kaki aku.

Walaupun tidak kelihatan urat bersimpul di betis dan peha, namun gejala seperti kaki
terasa berat, tidak selesa, berdenyut dan hangat adalah sebahagian dari simptom varicose veins.

Jangan duduk atau berdiri lama. Berjalan-jalanlah sekurang-kurangnya sekali setiap setengah jam. Anda juga boleh membuat senaman ringkas untuk melancarkan peredaran darah. Duduk atau berdiri terlalu lama sebenarnya boleh menyebabkan pelebaran urat darah atau vena dalam bahagian tubuh terutama di kaki.

10 FAKTA BERKENAAN VARICOSE VEINS
Penggunaan compression stockings sangat membantu melegakan kaki yang sakit dan seterusnya menghentikan rasa tidak selesa. Compression stockings juga menghalang kaki yang bermasalah menjadi lebih teruk.

4. Lelaki juga ada masalah varicose.

Varicose veins adalah masalah yang sering dialami oleh golongan wanita tetapi
lelaki juga tidak terkecuali. 10 peratus yang mengalaminya disebabkan keturunan.
Obesiti juga antara punca urat kaki bersimpul. Jadi jangan ambil mudah ya tuan-tuan.

5. Kehamilan antara penyumbang varicose veins.

70 peratus wanita mengandung mengalami masalah varicose veins. Kehamilan
meningkatkan aliran darah dalam tubuh dan mengurangkan aliran darah ke bahagian pelvis. 

Perubahan aliran darah ini untuk membantu perkembangan janin, namun pada masa sama ia melebarkan vena di kaki. Varicose vein pada wanita mengandung memang akan menjadi lebih teruk pada penghujung kehamilan.

Kebiasaannya varicose veins akan hilang selepas bersalin. Jika tidak hilang sila berjumpa doktor untuk rawatan susulan. Ada kemungkinan varicose veins menjadi lebih teruk bagi kehamilan seterusnya.

6. Varicose veins boleh menyebabkan ulcer yang berbau busuk.

Kebanyakan pengidap varicose veins tidak merasa sebarang masalah walaupun
pada kaki mereka terdapat urat bersimpul.

Manakala sebahagian penghidap varicose veins pula merasa gatal di sekitar vena.

Bila merasa gatal pesakit akan kerap menggaru. Kadang-kadang tanpa disedari secara tidak sengaja menyebabkan urat yang bersimpul pecah dan berdarah. 

10 FAKTA BERKENAAN VARICOSE VEINS
Luka yang berdarah berpotensi berubah kepada ulcer (kudis). Ulser jenis ini selalunya mengambil masa yang lama untuk sembuh, berair dan berbau busuk. Tambah menyulitkan lagi, ulser ini boleh berulang. Masalah ini mengakibatkan pergaulan atau aktiviti pesakit terbatas.

7. Varicose veins & spider veins tidak sama.

Varicose veins dan spider veins tidak sama. Spider veins lebih kecil dan saluran
darah pada kaki yang bercabang-cabang berwarna ungu seperti sarang labah-labah.
Biasanya kelihatan di bahagian kaki dan muka.

1 bcd
Dapatkah anda bezakan antara varicose veins & spider veins?

Varicose veins pula kelihatan membiru atau ungu serta berpintal dan akan terbonjol
sedikit di bahagian kulit seakan menggelembung. Walaupun varicose veins tidak begitu berbahaya tetapi ia berisiko menyebabkan pendarahan jika terluka atau
pecah.

Terdapat perbezaan rawatan di antara keduanya. Varicose veins memerlukan
rawatan lebih lanjut berbanding spider veins kerana saiznya yang lebih besar.

8. Bukan sekadar masalah kosmetik.

Bagi sesetengah kes, varicose veins sekadar masalah kosmetik. Namun ada juga yang terpaksa menahan kesakitan dan rasa tidak selesa berpanjangan.

Kesakitan, kaki terasa berat, kegatalan, kekejangan dan kaki bengkak antara
simptom-simptom varicose. Jika tidak dirawat berpotensi menjadi komplikasi.

9. Rawatan konservatif.

Tidak semua pesakit varicose veins memerlukan rawatan agresif seperti
pembedahan, terutamanya jika ia varicose veins yang kecil. 

Rawatan permulaan selalunya berbentuk konservatif. Rajinkan bersenam seperti
berjalan selain mengekalkan berat badan unggul. Elakkan berdiri atau duduk lama
dan gunakan compression stockings.
 
Amalan itu mampu mengelakkan varicose veins yang kecil menjadi lebih teruk. Kaki
yang bermasalah dapat dilegakan. Fikiran yang kusut dapat dilapangkan.

10. Rawatan lanjut.

Terdapat beberapa prosedur yang boleh dilakukan oleh doktor.

a. Sclerotherapy: Doktor akan menyuntik ubat cecair khas bertujuan mematikan
vena yang bermasalah, 

b. Rawatan cahaya laser: Ini digunakan untuk merawat telangiectasis dan vena
varikos yang kecil di bahagian muka atau kaki.

c. Rawatan photoderm: Rawatan ini menggunakan katheter yang dimasukkan ke dalam saluran vena. Alat khas di hujung katheter akan mengeluarkan haba panas yang mematikan vena yang bermasalah.

d. Stripping: Prosedur ini menggunakan wayar panjang khas yang dimasukkan ke
dalam vena saphenous dari buku lali ke pangkal paha kemudiannya ditarik keluar
kesemua vena terbabit.

e. High ligation: Pembedahan ini dilakukan pada pangkal paha yang mana vena
saphenous diikat dan sambungan antara vena femoral dan vena saphenous
diputuskan.

f. Avulsion: Melalui beberapa pembedahan kecil di kulit kaki, vena varikos ditarik keluar sedikit demi sedikit sehingga tiada bonjolan vena varikos yang ketara.

Cadangan kami, bila dah ada simptom-simptom di atas ditambah sejarah keluarga mempunyai masalah varikosis cepat-cepatlah berjumpa doktor. Dapatkan kepastian & rawatan. Ingat! Varicose veins bukan setakat masalah kosmetik.

Semoga bermanfaat.

1 abv

UMAIMAH MAHMUD – umai@myumaimah.com

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *