KAKI SAYA LETIH, TERASA BERAT & SAKIT

Ada kalanya kesibukan seharian boleh menyebabkan kaki menjadi terlalu lenguh hinggakan sukar untuk bergerak, Timbul masalah seperti sakit kaki dan terasa berat, kaki bengkak serta tidak larat berjalan jauh.

Sesetengah pekerjaan, contohnya guru, jururawat, polis, tentera, pekerja kilang dan lain-lain memerlukan individu itu berdiri lama dan ini membuatkan kaki menanggung beban berlebihan dan menjadi penat.

KAKI SAYA LETIH, TERASA BERAT & SAKIT
Letihnya kaki saya ...

Berdiri atau duduk terlalu lama memang tidak baik untuk kesihatan. Disebabkan tuntutan kerja kadang-kala kita tidak mempunyai pilihan lain. Kesan daripada duduk atau berdiri terlalu lama sebenarnya boleh menyebabkan pelebaran urat darah atau vena dalam bahagian tubuh terutama di kaki.

Jika anda perlu duduk di meja sepanjang hari di tempat kerja, jangan silangkan kaki.
Tinggikan kaki anda sekali sekala. Gunakan bangku kecil atau kotak. Cubalah
berjalan sekurang-kurangnya sekali setiap setengah jam untuk melancarkan
perjalanan darah.

Bagi yang perlu berdiri sepanjang masa, sarungkan kasut yang bersesuaian dengan suasana kerja. Ingat..!!! kasut bertumit tinggi tidak digalakkan. Kasut yang tidak sesuai dengan pekerjaan bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan kepada si pemakai tetapi juga boleh mendatangkan kecederaan terutama di bahagian tapak, jari, tumit dan buku lali.

Pada masa sama, ramai wanita bekerjaya yang kerap menggunakan kasut tinggi berhadapan dengan sakit pinggang.

KAKI SAYA LETIH, TERASA BERAT & SAKIT

Pastikan anda mempunyai berat badan ideal. Obesiti bukan perkara yang boleh dianggap remeh. Walaupun tidak disenaraikan sebagai penyebab kematian, namun ia boleh dianggap sebagai penyakit jika kesan buruknya diambil kira.

Berat badan yang berlebihan menyebabkan bahagian otot kaki tidak mampu menampung berat badan serta membuatkan anda mudah mengalami masalah varicose veins. Cuba amalkan diet dan seimbang.

Terdapat juga beberapa jenis compression stockings yang anda boleh cuba pakai
untuk mengelakkan darah dari berkumpul di kaki. Pakai diawal pagi sebelum memulakan aktiviti.

Compression stockings berfungsi secara perlahan-lahan mengurangkan tekanan pada bahagian buku lali ke paha. Seterusnya dapat melegakan kesakitan dan rasa lebih selesa. Hasilnya kaki tidak letih dan lenguh. 

KAKI SAYA LETIH, TERASA BERAT & SAKIT
Ramai atlit menggunakan compression stockings untuk meningkatkan prestasi dan sebahagian dari proses penyembuhan. Sebagai contoh Sarena Williams, Wimbledon Championships 2018 - Credit REX SHUTTERSTOCK

Bagi mereka yang selalu mengalami bengkak kaki terutamanya bagi ibu yang mengandung ianya dapat dikawal. Sekali gus mengelakkan masalah varicose veins.

Untuk maklumat lanjut anda boleh berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan konsultasi dan pemeriksaan,  Tanyakan apakah langkah yang perlu anda ambil dan persediaan sebelum rawatan susulan seterusnya. Manfaatkan sepenuhnya peluang bertemu doktor untuk kebaikan diri sendiri.

Semoga bermanfaat.

1 abv

UMAIMAH MAHMUD – umai@myumaimah.com

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *