Mereka yang obes terdedah kepada masalah varicose veins akibat kaki terpaksa menampung berat badan yang berlebihan. Semakin gemuk seseorang, lebih mudah masalah urat kaki bersimpul terjadi.

Bagi sebahagian orang, varicose veins tidak membawa sebarang masalah kecuali masalah kosmetik sahaja. Bagi sebahagian yang lain pula varicose veins menimbulkan pelbagai masalah seperti bengkak, kaki terasa berat dan penat, gatal-gatal pada kulit, kaki kejang dan tidak boleh berdiri lama.

Antara cadangan rawatan awal varicose veins adalah senaman berkala untuk memperolehi berat badan unggul. Senaman yang kerap mampu meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan risiko varicose terbentuk.

Senaman bukan sahaja dapat menghindari varicose dari berkembang, tetapi membantu penularan penyakit berbahaya selain beri motivasi rohani dan jasmani kepada diri.

BOLEH KE SAYA BERSENAM?

bersenam

Senaman adalah ulangan pergerakan badan secara terancang dan berstruktur bertujuan untuk meningkatkan/mengekalkan kecergasan fizikal.

Namun begitu, senaman juga mempunyai limitasi kepada individu tertentu. Jika anda telah berumur/hamil, anda disarankan untuk dapatkan pandangan pakar berhubung kesesuaian jenis rutin senaman.

BAGAIMANA MENGELAKKAN VARICOSE VEINS MELALUI SENAMAN

Pada peringkat permulaan, senaman hendaklah dihadkan 15 ke 20 minit sahaja. Ketika ini tubuh badan kita terutamanya sel otot belum bersedia untuk menerima bebanan yang tinggi. Anda dinasihatkan untuk mengulangi rutin sama selama beberapa minggu sebelum meningkatkan intensiti senaman.

– Berjalan kaki

Senaman yang mudah dan selamat dilakukan. Sesuai bagi semua lapisan peringkat umur. Boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja sama ada di rumah, di pejabat dan di kompleks membeli belah. Tetapkan matlamat anda, berjalan 30 minit sehari. Lima kali seminggu.

berjalan 2

Banyak manfaat diperoleh menerusi berjalan kaki, antaranya mengurangkan risiko penyakit kencing manis dengan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah. (1)

Yang penting, pastikan anda menggunakan kasut yang sesuai!

– Berbasikal

Berbasikal adalah senaman berimpak rendah. Pilihan tepat untuk mereka yang baru bersenam kembali.

basikal 0

Ketika berbasikal, aliran darah ke jantung akan meningkat. Peningkatan aliran darah membantu jantung memperoleh bekalan oksigen yang cukup seterusnya berfungsi dengan baik secara tidak langsung akan mengurangkan risiko serangan jantung.

Berbasikal juga boleh menguatkan otot kaki dan melancarkan perjalanan darah di kaki.

– Legs lift

Senaman ‘legs lift’ adalah senaman regangan tanpa alatan dan dilakukan secara berbaring. Pastikan kedudukan tangan anda rata di atas lantai. Angkat kaki anda ke atas dan tahan beberapa saat sebelum menurunkannya kembali tanpa cecah lantai. Lakukan beberapa pusingan. Senaman ini mempunyai pelbagai variasi dan bergantung kepada kemampuan anda untuk melakukannya.

legs lift

Antara kebaikannya, ia mampu meregangkan otot kaki dan menguatkan otot teras anda. Meninggikan kaki boleh membantu melegakan kaki terutamanya disebabkan bengkak ataupun kesakitan akibat perjalanan darah tidak lancar.

– Rocking feet

Senaman yang mudah ini membantu memperbaiki peredaran darah di bahagian kaki. Boleh dilakukan semasa duduk di atas kerusi ataupun di atas lantai. Terdapat berbagai variasi yang boleh dicuba dan tidak membebankan bagi warga tua.

Antara variasi senaman :-

feet tennis ball
Menggunakan bola tenis. Bola digulingkan di bawah tapak kaki. Dari tumit ke jari kaki. Kenakan sedikit tekanan. Lakukan selama 30 saat sebelum bertukar kaki.

Menjingkitkan kaki. Berdiri tegak dua kaki. Cuba angkat tumit, berdiri atas jari kaki. Tahan untuk beberapa saat. Turun dan cuba pula berdiri menggunakan tumit kaki dengan ibu jari kaki diangkat. Tahan untuk beberapa saat. Ini di kira satu rutin. 10 rutin di kira satu pusingan. Jangan bergantung kepada momentum tubuh. Cuba kawal gerakan anda. Kebaikan senaman ini, ia menguatkan betis dan peha.

Point and flex. Luruskan badan dan berada dalam posisi duduk. Tangan letak di sisi. Satu kaki di atas dan satu kaki di bawah. Cuba luruskan kaki hingga ke hujung jari. Tahan untuk beberapa saat sebelum meluruskan kembali tapak kaki menghadap ke atas. Ini dikira satu rutin. Ulanginya sehingga 10 rutin sebelum bertukar kaki.

KETIKA SENAMAN BUKANNYA PILIHAN

Kadang-kala kesibukan harian boleh menghalang aktiviti senaman. Namun masih ada cara yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan kaki yang sihat.

Pemakaian compression stoking terutama ketika memandu, duduk dan berdiri untuk tempoh masa yang lama dan juga semasa hamil mampu melancarkan perjalanan darah di kaki.

Compression stocking merupakan rawatan awal bagi masalah berkaitan varikosis. Penggunaan compression stockings Class 1 ( 18 – 21 mmHg ) tidak memerlukan prikripsi doktor. Walau bagaimanapun pesakit kencing manis, jantung & masalah berkaitan saraf ( neuro ) disarankan dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Darah berfungsi menghantar oksigen ke seluruh tubuh. Ia membekalkan tisu dengan zat, menyingkirkan bahan kumuhan dan mengandungi pelbagai sistem imuninasi. Imunisasi ini bertujuan untuk mempertahankan badan daripada jangkitan kuman. Pendek kata. aliran darah cekap, kaki pun sihat.

– Kurangkan penggunaan kasut tumit tinggi

no high hill

Tahukah anda kasut tumit tinggi sebenarnya tidak baik untuk kesihatan kaki?  Posisi kaki ketika memakai kasut tumit tinggi melemahkan otot kaki dan menghalang peredaran darah.Semakin tinggi tumit kasut anda, semakin tinggi lagi risikonya. Jika perlu, hadkan penggunaannya untuk acara-acara tertentu. Kasut tumut tinggi akan membuat anda sukar berjalan lebih-lebih lagi jika anda seorang yang bertubuh kecil.

Kesimpulannya, kaki yang sihat datang dari tubuh yang sihat. Untuk peroleh tubuh yang sihat, pastikan anda melakukan senaman yang betul dan sesuai mengikut keupayaan kaki anda selain menjamin kesihatannya.

RUJUKAN :

1 – Laman web Hospital Kuala Penyu – Faedah-faedah senaman berjalan kaki.

Health24 & veinspecialists.com

1 abv

UMAIMAH MAHMUD – umai@myumaimah.com

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *