Kenapa varicose veins terjadi?

Varicose veins berlaku apabila vena (salur darah yang membawa balik darah kurang beroksigen dari bahagian badan yang lain ke jantung dan paru-paru) menjadi tebal dan membesar. Disebabkan pembesaran tersebut, ia kelihatan membiru atau ungu serta berpintal dan akan terkeluar sedikit dari bahagian kulit seakan menggelembung.

KAKI 1
Varicose veins biasanya berlaku pada bahagian kaki disebabkan tekanan ketika berdiri. Terdapat juga di bahagian lain seperti vagina namun ia jarang berlaku.

Faktor Penyebab Varicose Veins

Masalah keturunan – Jika salah seorang ibu bapa menghidap masalah varicose, risiko anak mendapat penyakit ini adalah tinggi. Apatah lagi jika kedua-dua ibu bapa mengalaminya.

Jantina – wanita empat kali ganda terdedah kepada risiko menghidap Varicose veins. Lebih 50 peratus wanita terdedah kepada masalah varicose veins, manakala lelaki hanya 30 peratus.

Penuaan – Seiring dengan peningkatan usia, risiko mendapat varicose veins bertambah. Ketika anda berumur 70 tahun risiko mendapat Varicose meningkat sehingga 70 peratus.

Kehamilan – Kehamilan kembar, perubahan hormon dan tekanan pada rahim boleh menyumbang kepada masalah VV. Antara penyebab terbesar.

Obesiti – Punca utama kepada pelbagai penyakit.

Faktor persekitaran tempat kerja – Berdiri atau duduk terlalu lama.

Simptom penghidap varicose veins:

Varicose veins biasanya timbul di bahagian kaki, namun ada juga tidak kelihatan. Walaupun tidak kelihatan kehadiran varicose boleh dirasai.

  • Bengkak kaki
  • Kaki terasa berat, tidak selesa, berdenyut & hangat
  • Rasa gatal di sekitar saluran darah atau vena
  • Kudis di buku lali yang sukar baik
  • Warna kulit menjadi gelap
  • Kerap kejang otot

Pengesanan dan rawatan

Anda perlu berdiri untuk memudahkan doktor memeriksa kaki anda. Doktor akan periksa pada tempat yang bengkak, sakit, kulit pucat, luka atau ulser. Jika ada gejala urat kaki bersimpul, doktor akan menjalankan beberapa ujian untuk mengesahkannya.

Ujian yang biasa dilakukan ialah imbasan ultra bunyi. Tujuannya untuk mengenal pasti kedudukan injap yang bermasalah. Walaupun bukan masalah serius, ia masih memerlukan rawatan awal sebaik anda menyedari kewujudan salur darah begini.

Sebab varicose veins perlu dirawat

  • Mencegah komplikasi
  • Melegakan kesakitan & menghapuskan ketidakselesaan

Varicose veins jika tidak diabaikan biasanya tidak banyak mendatangkan kemudaratan tetapi harus diingat – jika diabaikan boleh mengakibatkan pergerakan terbatas. Jika tidak ditangani dengan betul, keadaan akan menjadi lebih teruk.

Tidak semua pesakit varicose veins memerlukan rawatan agresif seperti pembedahan, terutamanya jika ia varicose veins yang kecil.

Cara melegakan kaki yang bermasalah akibat varicose veins:

Untuk rawatan lanjutan, terdapat beberapa kaedah seperti pembedahan, rawatan laser dan suntikan bahan kimia.

Apa jadi kalau saya mengabaikan masalah varicose veins?

  • Urat darah terus mengembang
  • Sakit kaki yang berterusan
  • Kaki menjadi gatal
  • Ulser pada kulit buku lali
  • Merasai kesakitan seperti sakit sendi
  • Kekejangan pada otot-otot kaki terutama pada waktu petang
  • Risiko pembantukan darah beku (Deep vein thrombosis)
  • Stigma sosial
  • Radang pada urat darah yang bengkak sekali gus menyebabkan ulser

Kaki ialah sokongan dan struktur utama kepada seluruh badan dan apabila kaki tidak sihat atau sakit, seluruh badan anda menderita dan ia akan mengakibatkan implikasi kesihatan yang serius

Cadangan kami, bila dah ada simptom-simptom di atas ditambah sejarah keluarga mempunyai masalah varicose cepat-cepatlah berjumpa doktor. Dapatkan kepastian & rawatan.

Kalau rasa rencana ni membantu tekanlah butang share tu supaya yang lain boleh mendapat manfaat sekali. Ilmu yang baik buat apa simpan sorang. Baik disebarkan.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *