Antara tanda yang boleh dilihat sekiranya seseorang itu mengalami masalah varicose veins adalah perubahan warna kulit dan gatal di sekitar vena yang terlibat.

Bila merasa gatal pesakit akan kerap menggaru. Kadang-kadang tanpa disedari secara tidak sengaja menyebabkan urat yang bersimpul pecah dan berdarah. 

Luka yang berdarah berpotensi berubah kepada ulcer (kudis). Ulser jenis ini selalunya mengambil masa yang lama untuk sembuh, berair dan berbau busuk. Tambah menyulitkan lagi, ulser ini boleh berulang. Fenomena ini menyebabkan seseorang pesakit menghadapi masalah pergaulan sosial.

10 FAKTA BERKENAAN VARICOSE VEINS

Malangnya kebanyakan penghidap varicose hanya mendapatkan rawatan setelah keadaan kaki mereka teruk. Varicose veins jika tidak diabaikan biasanya tidak banyak mendatangkan kemudaratan. Jika tidak ditangani dengan betul, keadaan akan menjadi lebih teruk.

Tidak semua pesakit varicose veins memerlukan rawatan agresif seperti pembedahan, terutamanya jika ia varicose veins yang kecil.

Rawatan permulaan selalunya berbentuk konservatif. Tujuan rawatan agar varicose veins yang kecil tidak berubah menjadi lebih teruk. Kaki yang bermasalah dapat dilegakan. Fikiran yang kusut dapat dilapangkan.

1. Jaga aliran darah di kaki.

Tinggikan kaki apabila duduk terutama jika anda perlu duduk dalam tempoh lama. Sebaiknya, bangun dan berjalan-jalan seketika selepas duduk lama.

VARICOSE VEINS – LIMA CARA MELEGAKAN KAKI YANG BERMASALAH

Meninggikan hujung kaki ketika tidur turut membantu. Gunakan bantal tambahan yang diletakkan di bawah kaki. Ini dapat melancarkan aliran darah kembali ke jantung dan mengelakkan darah dari berkumpul di bahagian bawah kaki. 

2. Sarungkan compression stocking.

Compression stocking merupakan rawatan awalan bagi masalah berkaitan varicose. Penggunaan compression stockings Class 1 ( 18 – 21 mmHg ) tidak memerlukan preskripsi doktor. Walau bagaimanapun, pesakit kencing manis, jantung & masalah berkaitan saraf ( neuro ) disarankan, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Apabila memakainya anda akan berasa lebih selesa. Compression stocking berfungsi melancarkan perjalanan darah di kaki. Ia dapat mengurangkan kesakitan dan menghapuskan ketidakselesaan.

3. Sapukan pelembap pada kulit yang kering.

Antara yang paling mudah dilakukan adalah menyapukan losyen ataupun pelembap (moisturizer). Lakukan setiap hari. 

Moisturizer dapat mencegah kulit menjadi kering. Biasanya kulit kering menyebabkan tekstur kulit terasa kasar dan juga perit ketika menggaru.

Kesimpulannya.

Jangan ambil mudah tuan-puan. Kaki ialah sokongan dan struktur utama kepada seluruh badan dan apabila kaki tidak sihat atau sakit, seluruh badan anda menderita dan ia akan mengakibatkan implikasi kesihatan yang serius

Cadangan kami, bila dah ada simptom-simptom di atas ditambah sejarah keluarga mempunyai masalah varicose cepat-cepatlah berjumpa doktor. Dapatkan kepastian & rawatan.

1 abv

UMAIMAH MAHMUD – umai@myumaimah.com

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *