compression stockings for varicose veins

Compression stocking melegakan kaki yg bermasalah & menghapuskan ketidakselesaan. Rawatan awalan bagi masalah berkaitan varicose.

Tidak semua pesakit varicose veins memerlukan rawatan agresif seperti pembedahan, terutamanya jika ia varicose veins yang kecil. 

Rawatan permulaan selalunya berbentuk konservatif. Senaman yang rutin seperti berjalan dan kekalkan berat badan unggul. Elakkan berdiri atau duduk lama dan gunakan compression stockings.

Masalahnya apa ke bendanya compression stocking ni? Macam mana ia berfungsi? Ada infra red ke? Ada kuasa magnet ke? Senang cakap apa tu compression stocking?

Compression stocking

Compression stocking adalah stokin bantuan kaki berfungsi melancarkan perjalanan darah di kaki.

Persamaan dengan stokin biasa hanya pada bentuk fizikal sahaja. Selain dari itu semuanya berbeza. Dari segi material & fungsi.

Perbezaan antara support stocking dengan compression stocking adalah compression stocking mempunyai titik tekanan tertentu bermula paling ketat dipergelangan kaki beransur-ansur kurang ketat di bahagian betis dan peha. Manakala support stocking tiada tekanan, hanya ketat.

stokin1

Mempunyai titik tekanan yang konsisten mengikut keperluan. Bermula dengan 100 % tekanan di buku lali dan berkurangan di bahagian betis sebanyak 70 % dan berakhir sebanyak 40 % sekiranya anda menggunakan stokin paras peha.

Melalui terapi tekanan ini, aliran darah akan dirangsang untuk membekalkan nutrien dan oksigen ke kaki. Aliran darah cekap kaki sihat.

Darah adalah cecair tisu berwarna merah. Berfungsi menghantar oksigen ke seluruh tubuh. Ia membekalkan tisu dengan zat, menyingkirkan bahan kumuhan dan mengandungi pelbagai sistem imunisasi. Imunisasi ini bertujuan untuk mempertahankan badan daripada jangkitan kuman.

Tanda masalah peredaran darah yang lemah :

a. Kaki kebas & penat
b. Kaki bengkak
c. Varicose vein
d. Spider vein

Haaaa macam mana nak tahu saiz yang sesuai? Cerita sikit kak Umai.

Pertama, kalau boleh ambil ukuran kaki di waktu pagi sebelum mula aktiviti harian. Nak ambil ukuran pada masa lain pun boleh. Cuma kalau ambil ukuran di waktu pagi ukuran kaki lebih tepat. Kaki belum mula kembang.

compression_stocking_varicose_veins_chart

a. Ukur pergelangan kaki, atas sikit dari buku lali ditempat yang paling kecil.

b. Ukur pergelangan betis di bahagian betis paling besar.

c. Ukur bahagian peha yang paling besar. (kalau nak pakai stokin paras peha)

d. Ukuran yang dapat bandingkan dengan jadual yang ada. Wallaa dapat stokin yang sesuai untuk anda. Namun begitu bukan semua akan dapat saiz yang sesuai. Contoh kaki yang bersaiz besar. Untuk mereka kena pakai custom made stocking.

Macam mana nak tahu kena pakai stokin paras betis atau paras peha kak Umai?

Senang sahaja. Kalau masalah kaki setakat paras betis bawah lutut pakai stokin paras betis. Kalau masalah kaki atas dari lutut pakai stokin paras peha.

Apa sebenarnya fungsi compression stockings ni?

Compression stocking berfungsi melancarkan perjalanan darah di bahagian kaki. Jika berlaku masalah peredaran pada kaki ia boleh menjejaskan fungsi kaki.

Darah adalah cecair tisu berwarna merah. Berfungsi menghantar oksigen ke seluruh tubuh. Ia membekalkan tisu dengan zat, menyingkirkan bahan kumuhan dan mengandungi pelbagai sistem imunisasi. Imunisasi ini bertujuan untuk mempertahankan badan daripada jangkitan kuman.

Tanda masalah peredaran darah yang lemah :

a. Kaki kebas & penat
b. Kaki bengkak
c. Varicose vein
d. Spider vein

compression stockings-varicose veins-swelling

Terdapat 4 kelas tekanan. Class 1, class 2, class 3 & class 4.

Unit tekanan bagi compression stocking – mmHg.

Yang membezakan antara satu kelas dengan kelas yang lain adalah jumlah tekanan yang dikenakan.

Untuk MEDI COMPRESSION kami tawarkan Class 1. Untuk Class 2, 3 & 4 kami perlukan rujukan doktor.

Fungsi stocking Class 1 (CCL1 18 – 21 mmHg)

– Melegakan & mengurangkan kesan kaki letih bila berdiri

– Melegakan & mengurangkan kesan kaki bengkak bila berdiri /
duduk lama

– Melegakan & mengurangkan kesan kaki rasa berat bila berdiri /
duduk lama.

– Semasa mengandung mengurangkan kesan pembentukkan
varicose veins.

– Mengekalkan kesihatan kaki.

Macam mana nak jaga compression stocking ni kak Umai?

Compression stoking mesti dibasuh setiap hari untuk mengekalkan compression. Bila pakai, stokin akan stretch out. Bila basuh ia akan balik ke position asal. Ini caranya compression dikekalkan.

Compression Stocking pakai sabun serbuk basuh baju sahaja. Jangan guna pelembut kain/softlan. Jangan di perah pusing. Hanya diramas-ramas. Jangan dijemur ditempat yang panas. Memadai tempat yg redup dan berangin.

Sebaiknya dapatkan 2 pasang stocking. Boleh digilirkan penggunaanya. Satu basuh, satu pakai.

Lagi satu dia orang cakap berbeza sangat rasa stokin yang kami cadangkan dengan yang dibeli di luar. Kualiti lain. Rasa seronok dipakai. Rasa selesa sangat. Kenapa yea?

Kami cuma jawab ada banyak faktor yang membezakan antara satu compression stocking dengan compression stocking yang lain. Material dan kualiti memainkan peranan. 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *