URAT TIMBUL DI BELAKANG LUTUT

Kak Umai tahu, ramai dikalangan puan-puan yang mengalami masalah varicose veins akan berasa sakit dan tidak selesa di bahagian kaki dan tidak boleh berjalan jauh.

Ada berkemungkinan puan-puan mengalami kekejangan pada waktu malam dan lebih teruk lagi, ada juga puan-puan yang mengalami gatal-gatal pada kulit. Disebabkan masalah tersebut, puan-puan akan mula menggaru hingga terjadi ulser, dermatitis dan ekzema.

Jangan ambil mudah masalah ulser ye puan-puan. Varicose veins boleh menyebabkan berlakunya ulser yang berbau busuk. Boleh menimbulkan stigma sosial kepada pesakit dan masalah ulser ini boleh berulang. Bukan setakat sakit fizikal je, sakit jiwa pun dapat.

Kak umai pernah bertemu dengan pesakit yang mengalami masalah ulser. Antara kaedah rawatan adalah penggunaan compression stocking bertekanan tinggi, kelas 2 dan 3. Dalam pertemuan itu kak Umai sempat bertanya kepada beliau, ada tak doktor cadangkan penggunaan compression stockings? Jawapan beliau ada. Kak Umai tanya lagi, pakai tak? Jawapan beliau tidak. Kenapa? Alasannya malas nak buka masa nak she she. (Stoking beliau paras peha)

Adoi hai puan-puan. Jangan ambil mudah masalah varicose. Masalah ini bukan setakat masalah kosmetik semata-mata. Ia lebih dari itu. Disebabkan sikap ambil mudah beliau, bukan setakat kesihatan beliau terganggu, Emosi dan kewangan pun terlibat sama.

Jika kita tidak sihat, ekonomi keluarga akan terjejas kerana banyak perbelanjaan perlu disalur untuk program kesihatan dan rawatan yang kosnya sentiasa meningkat.

Jangan malu untuk ‘melabur’ untuk kesihatan kerana ia bukan sekadar menjamin kehidupan yang sempurna tetapi demi kepentingan masa depan kita dan keluarga.

Penggunaan compression stockings memang tidak akan menyembuhkan masalah urat yang bersimpul. Setidak-tidaknya compression stocking dapat melegakan kaki yang sakit dan menghapuskan ketidakselesaan seterusnya menggelakkan varicose menjadi lebih teruk.

Perbelanjaan untuk kesihatan tidak akan dapat dilihat dalam bentuk kebendaan. Namun ia sesuatu yang amat menguntungkan.

Ambil berat kesihatan kaki. Ambil peduli apabila fungsi kaki terjejas. Jangan memilih untuk hidup dalam ketidakselesaan atau membiarkan diri dalam kesakitan. Kesihatan adalah salah satu nikmat kehidupan dan merupakan harta termahal yang tidak boleh dijual beli.

MAKA BENARLAH KESIHATAN ADALAH HARTA BERHARGA!

UMAIMAH MAHMUD – medizne@gmail.com

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *