Nampak sama tapi tak serupa…

Dari segi fizikal kedua-duanya kelihatan sama. Dari segi pengguna berbeza. Ramai yang telefon / whatsapp kak Umai yang bertanya tentang perbezaannya. Diharapkan rencana ini dapat menjawab sebahagian persoalan yang bermain diminda anda. 

medi_compression_stocking_thigh_length

Compression stocking adalah stoking elastik bertekanan berfungsi melancarkan perjalanan darah di kaki. Diguna bagi merawat sakit yang berkaitan vena (varicose veins, edema, DVT, ulser kaki). Boleh digunakan hampir semua orang.

TED Stocking (Thrombo-Embolus Deterrent Stocking) stocking bertekanan yang juga dikenali sebagai Anti-Embolism Stockings. 

Pengguna stocking ini adalah pesakit yang terlantar atas katil (Bed ridden) selepas pembedahan. Digunakan bagi mengurangkan risiko DVT (masalah darah beku dalam saluran darah vena).

Perbezaan :

Perbezaan yang ketara di antara keduanya adalah dari segi jumlah tekanan stocking (compression). TED Stoking 8 – 18mmHg. Manakala compression stocking tekanannya diantara 15 – 21mmHg dan ke atas.
 
Kebiasaanya TED Stocking berwarna putih. Compression stocking boleh didapati dengan berbagai warna dan corak.
 
Jangka hayat kegunaan TED Stocking tidak lama. Tekanan compression mula berkurangan selepas 12 kali basuhan. Dari segi harga lebih murah berbanding compression stocking.
 
Jangka hayat compression stocking berbeza-beza bergantung kepada jenis dan material yang digunakan. Untuk jenama premium seperti MEDI, dengan penjagaan yang betul boleh bertahan sehingga setahun.
Penjagaan :
 
Compression stocking perlu dibasuh setiap hari untuk mengekalkan compression. Bila pakai, stokin akan stretch out. Selepas dibasuh ia akan kembali ke ukuran asal.
 
TED Stocking. Tidak sekerap compression stocking. Perlu dibasuh setelah diguna selama 3 hari.
 
Rumusannya :
 
Pesakit yang terlantar diatas katil – TED Stocking
Pesakit yang boleh berjalan / bergerak – Compression Stocking.
 
Sekarang puan dah tahu, apa kata puan kongsikan rencana ini supaya yang lain dapat manfaat bersama. Harap dapat membantu.

UMAIMAH MAHMUD – medizne@gmail.com

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *