Banyak yang tanya kak Umai, kalau ada masalah varicose apa pilihan rawatan yang mereka ada. Kak Umai cakap untuk soalan itu lebih baik mereka tanya sendiri kepada doktor yang bertugas. Mereka lebih layak untuk menjawab.

Secara umumnya kebiasaannya doktor akan diagnose masalah pesakit. Untuk masalah permulaan varicose veins, senaman berkala, mempunyai berat badan unggul dan penggunaan compression stocking sudah memadai.

Senaman yang kerap mampu meningkatkan peredaran darah di kaki dan mengurangkan risiko varicose terbentuk. Antara senaman yang baik untuk diamalkan banyakkan berjalan. Tiada alasan untuk tidak bersenam ya puan-puan.

Untuk masalah permulaan biasanya doktor akan cadangkan penggunaan compression stocking kelas 1. Bagi yang agak teruk compression stocking kelas 2 ataupun 3. Lagi tinggi angka lebih kuat tekanan. Compression stocking tidak boleh menyembuhkan varicose vein tetapi mampu melegakan kaki yang bermasalah dan menghapuskan ketidakselesaan.

Bagi masalah yang lebih teruk rawatan ELVT adalah yg terbaik. Kekurangnya hanya satu. Kos rawatan yg mahal dan diluar kemampuan sesetengah pihak. Anggaran kos menjangkau RM6000 bagi sebelah kaki.

Compression stocking melegakan kaki yang bermasalah, menghapuskan ketidakselesaan.

‘Saya tiada urat besar yang menjalar kat kaki kak Umai, but still rasa sakit bila berdiri lama. Adakah itu juga sintom-sintom varicose veins kak Umai?

Macam kak Umai selalu cakap varicose veins biasanya timbul di bahagian kaki, namun ada juga tidak kelihatan. Walaupun tidak kelihatan kehadiran varicose boleh dirasai. Bengkak kaki. Kaki terasa berat, tidak selesa, berdenyut & hangat. Rasa gatal di sekitar saluran darah atau vena dan sering kejang kaki antara sintom-sintom varicose. Untuk lebih pasti silalah berjumpa doktor.

Nasihat kak Umai, kalau puan seorang yang obes, mempunyai sejarah keluarga mempunyai varicose atau pun tengah mengandung segeralah berjumpa doktor jika anda mempunyai tanda-tanda di atas. Jangan biarkan masalah anda melarat!

Puan ada dua pilihan. Pertama bertindak segera mengatasi masalah yang dihadapi. Kedua dengan tidak buat apa-apa, sekadar sabar cuba belajar menerima keadaan diri.

UMAIMAH MAHMUD

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *